Selasa, 2 Ogos 2011

Kutukan Di FACEBOOK Membawa Maut


KULIM: Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui 
laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan 
topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu.
Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas 
kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan 
disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin.


Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan 
wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah 
pasar raya di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat menggunakan topi keledar oleh suspek, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.
“Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah.
“Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.
“Sebaik mengetahui hal itu, abang wanita terbabit merancang satu perjumpaan dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya untuk menyelesaikan masalah itu.
Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan mangsa dihentak dengan topi keledar sebelum pengsan,” katanya ketika di hubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia petang kelmarin akibat perdarahan di kepala.
Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

7 comments:

easynsimple berkata...

nice, singgah jap n follow me back

cik fieza berkata...

ade bce sal nie td..
sbb kte2 smpai jd camtu.haish.. --.--"

Gee berkata...

wah..sampai mcm tu sekali..kerana mulut badan binasa,...huhu./..singgah

ms. jana berkata...

wah...haa, len kali nak kutuk pk dulu..nk ketuk pn pk dlu...hehe...

wan azie berkata...

salam...kita da follow =)

✿ cik pieQa ✿ berkata...

bahaya tu. yela hti manusia laen2 kan . buatnye yang jenis ganas and sentap lebih, parah.

di bulan ramadhan ni, kurang ckit sesi kutuk2 :)

syahrawi berkata...

greeat n follow back..!

Catat Ulasan