Rabu, 29 Jun 2011

tazkirah


1 Fikrah 1 Perjuangan

altLumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta daripada sang Pencipta. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.
Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta...ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?

doa selepas sembahyang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang doa selepas sembahyang atau solat. Rupanya masih ramai antara kita mencari tentang doa di internet tapi yang sedihnya hanya sedikit web yang bercerita tentang doa dan agama islam. Seperti kita tahu, doa adalah senjata umat islam. Maksud doa di atas ada kat bawah ni..
Kenapa doa selepas solat? Sebab permintaannya tinggi selepas ayat seribu dinar yang saya poskan sebelum ini. Alhamdulillah antara kita dah banyak mengamalkan doa untuk kesejahteraan hidup dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Apa kena doa dan perniagaan internet ni wanmus? Bukan boleh buat duit pun.. ishhh..tak baik cakap macam tu, sebenarnya lagi sedikit benda tu di internet, lagi besarlah market kita sebenarnya. Cube anda search di google dan semak berapa banyak web yang ada cerita tentang doa ni? Sedikit bukan? Kalau ada pun, tak kena ngan apa kita cari. Ingat, apabila mencari suatu benda tu, pasti ramai juga yang mencari benda sama. So, cari betul-betul dan jika jumpa, buat post.

antara ayat ayat al quran yg baek di bca ktika perggii

Ketika wanita sedang mengandung maka ia perlu mengerjakan sesuatu yang dipertintahkan oleh Allah S.W.T. Ia harus memahami akan hakikat kehidupan manusia, agar menjadikan seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Proses kejadian manusia banyak diterangkan di dalam Al-Quran.

Firman Allah S.W.T. :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَاماً فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْماً ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقاً آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau berasal dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan ditempat yang kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah. Pencipta yang paling baik" (Al-mukminun : 12-14)

Antara amalan yang baik dilakukan ketika mengandung ialah :

  • Banyak bertaubat
  • Menutup aurat
  • Banyak membaca ayat suci Al-Quran
  • Membaca doa

Ayat suci Al-Quran yang baik dibaca ketika mengandung ialah :

  • Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Membaca Surah Yassin
  • Membaca Surah At-Taubah
  • Membaca Surah Yusuf (Agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna)
  • Membaca Surah Luqman (Agar memperolehi anak yang taat)
  • Membaca Surah Maryam (Agar memperolehi anak yang sabar dan taat)
  • Membaca Surah An-Nahl ayat 78 :

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ
وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"

(An-Nahl : 78)

  • Membaca Surah Al-A'raf ayat 189 :

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفاً فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

"Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami terraasuk orang-orang yang bersyukur"

(Al-A'ra

TANPA KEINSAFAN KITA HANYALAH SEGELEMBUNG BUIH KESOMBONGAN (ILHAM DARI JALA` AL-QULUB – TUAN TABAL)



Tanpa keinsafan
Kita adalah semata-mata buih-buih
Membulatkan kesempurnaan diri
Sedang di dalam kekosongan
Melonjak di kocak ombak
Melambung kemegahan

Pada hakikatnya
Citra warna pada kita
Adalah tayangan permukaan
Tanpa dasar dan akar mengukuhkan
Dan ombak begitu garang

Manifestasi kecil pinjaman
Bukan untuk keangkuhan
Tapi mengimbangkan
Tanyalah pada buih

Apabila terdampar pecah di pantai
Di manakah wujudnya
Sebelum menayangkan kesombongan ?
Tanyalah pada ombak

Apabila matinya angin
Dari berhembusan
Di manakah keras gelombangnya
Sebelumnya membadai mengancam ?
Segalanya pinjaman

Perlu dimanfaat sepenuhnya
Dalam kesementaraan
Jadilah segelembung buih
Keluh keinsafan
Atau sealun ombak
Kuak gerak ke depan
Menyusur pemergian,


WITHOUT MINDFULNESS WE ARE
MERE BUBBLES OF PRIDE

(Inspired by Jala` al-Qulub – Tuan Tabal)

Without mindfulness
We are mere bubbles
Rounding off self perfection
Whilst yet empty
Leaping jolted by the waves
Bouncing proudly
As a matter of fact
Various colours to us
Are superficial shows
Without strong basis of root
Waves truly turbulent
Manifestations of little borrowings
Not for arrogance
But to keep the equilibrium
Ask the bubble
When flung shattered on the beach
Where does it exist
Before it shows off its pride ?
Ask the waves
When the winds are still
Not blowing
Where is its turbulence
Before it gushes forth threatening ?

All are borrowings
That need to be fully utilized
Temporarily
It becomes a bubble
A sigh devoting mindfulness
Or a surge of waves
Making it moves forward
On the way out

~Madah Ibu Dan Guru

Kedua-duanya penting
Mewarnai diri
Bahkan hidup ini
Citra ibu dikasihi
Citra guru dihormati
Dari ibu juga bapa
Membuat kita di sini berada
Hormat kita pada guru
Membuka minda kita ke arah `tahu’

Peranan ibu
Tiada bahasa seindah kata
Untuk diungkap mewakili jiwa
Dia memperkenalkan makna cinta
Ketika mendodoi sianak
Ibu nyanyikan nazam kasih sayang
Zikir salawat dan salam
Hingga berangkat ke alam impian.

Ibu amat bahagia
Melihat anak ketawa
Tapi waktu-waktu dia diziarah duka
Oleh sakit dan kemalangan menimpa
Waktu begini kasih ibu serlah teruji
Tiada harta galang ganti
Dia bersekang mata berjaga
Mendoakan anak sejahtera.

Guru pula istimewa bijaksana
Jika ibu lebih jagaan pada fizikal
Maka guru lebih pada minda
Guru orang kedua diberi amanah
Mendidik anak ke luar dari rumah
Dari mereka mulai anak-anak
mengenal alif ba ta
dan A, B, C diajar serta
Satu dua tiga asas mengira.

Pada guru ibu bapa menghantar harapan
Anak dididik dari rendah, menengah
Memuncak ke pengajian tinggi
Mengenal tamadun dan peradaban
Matang diri dengan keilmuan
Keluar sebagai siswazah berijazah
Bersedia untuk bertugas.

Ibu dan guru
Laut kasih teduh dan tenang
Pujangga hikmat memanusiakan
Mereka membudaya kasih sayang
Mengangkat darjat kemanusiaan
Pada ibu hendaklah bersifat ihsan
Pada guru hormat dan sanjungkan.

Jangan terpedaya dengan cinta


altRamai yang berkata, "Cinta itu fitrah. Jadi, apa salahnya pada cinta?"
Ya. Tidak dapat dinafikan, cinta itu adalah fitrah. Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.
Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah (bencana)?